Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
antara sandal dan scandal (?)
December 30, 2011 | 2:30:00 AM | 0 vanilla(s)


In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful =)

Ohh ok, yang belah kiri tu Shafiqah Muhamad MZM-FC. #Sori takreti  lukis design baju kurung anda xD Yang tengah dan baju purple tu Alya walaupun dalam gambar kelihatan lebih kurus dan tinggi dari sepatutnya .  Encik Blouse putih dan tudung krim di bahagian kanan tu mestilah Kakti ataupun dengan namanya yang normal, Athirah.

Lebih kurang dalam hari Isnin haritu, Shafiqah dengan Kakti pun ajak aku  makan dan beli barang sekolah kat Giant iaitu pusat membeli belah yang sangat terkenal di Terengganu.  Ingat kan nak ajak Puan Fifi dan Ainul tetapi masing masing tidak dapat hadir gara gara Fifi masih di Kuala Lumpur dan Ainul ada masalah pengangkutan.

Sehari sebelum ke Giant, aku Shafiqah dengan Kakti berbincang habis habisan pasal hal ni macam  nak beli apa , nak  pakai apa, pukul berapa nak ada kat sana, nak tunggu kat mana dan lain lain perkara yang kurang penting. Mula mula Aisyah Aqilah nak join tapi aku bagi dia syarat kena pakai miniskirt dan rambut palsu dengan alasan Giant hanya menerima pengunjung yang memakai miniskirt setiap hari Selasa -.-
Dia pun membidas :

Aisyah : Tapi dari segi hukum Allah miniskirt tu haram !

Alya : Tak haram kalau awak pakai sesuatu yang menutup aurat di luar -____-‘’

Cehh, kalau Giant buat peraturan yang sedemikian memang porak peranda ah negeri Terengganu. Lepas tu tibatiba Aisyah tak jadi join sebab dia ada  hal. Aku harap bukan sebab ugutan tadi XD

Jadi berangkatlah ketiga tiga orang individu-individu ini ke Giant. Aku taktau yang mana sampai dulu sebab aku sampai paling lambat xD #macam biasa ahh. Aku agak teruja sebenarnya sebab Shafiqah bagitau dia nak beli barang sekolah dan kakti pulak nak beli sandal sempena tahun baru (?) Jadi, aku rasa macam agak sedikit teruja ah sebab nak beli barang sendiri. Sebab biasanya kan beli sebarang perkara dengan mak ayah  xD Jadi, ini lah salah satu peluang untuk menjadi lebih matang (?)

Alya : Jom ah beli barang sekolah ! 
Shafiqah : Tak jadi ah.
Alya : Sebab?
Shafiqah : Taktau, tak jadi.
Alya : Oh,  ok -..-‘ saya nak beli stokin.
Kakti : Saya nak beli sandal.
Alya : Dah jom ah beli? Ke nak masuk dalam Giant ? *kan biasanya dalam Giant, ada Giant yang satu lagi kat bahagian dalam -_-‘’*


Keadaan senyap seketika

Alya : Dah? -..-‘ memang ada kat Giant ni nak senyap gini ah?
Shafiqah : Saya taktau, ikut awak semua ah.
Kakti : Saya nak beli sandal je.
Alya : Beli sandal tu ah kakti. *tunjuk selipar Crocs palsu yang dilonggokkan*
Kakti : Jangannnnn aaaahhhh T^T
Alya : Dah memang nak duduk sini ah?
Kakti : Ya kot.
Alya : Ok. 

 Semua orang pun duduk dan membisukan diri.


Alya : Jangan ahh gini. Bincang bukan main. Tengok tengok senyap.
Shafiqah : Saya taktau. Jom balik ah.
Kakti : Betul ahtu.. Semata mata kat Giant nak duduk, padahal kat rumah lagi banyak kerusi.
Alya : Mana yang nak sangat beli barang sekolah tu?
Shafiqah : Saya taktau, Tak jadi beli kan.
Alya : Jom ah kakti tinggal Shafiqah -.- *heret kakti*
Shafiqah : OK OK OK dah jom ah masuk dalam!


Lalu berangkatlah mereka dari kerusi yang dicintai itu lantas menuju ke bahagian dalam Giant. Shafiqah ditahan sementara sebab beg dia kena check dengan Security Guard depan pintu. -..-‘ Muka dia nervous masa tu tapi akhirnya selamat kerana beliau tidak membawa sebarang bom atau senjata api di dalam beg. Kat pintu masuk tiba tiba ada stokin.



Alya : Tu pun stokin !  dahlah 99sen -..-‘ Beli ahh !

Kakti : Jangan ahh pakai stokin colourful kat sekolah ! *gaya seorang pengawas*

 Lalu, aku Shafiqah dan Kakti pun berkeliaran lah dalam bahagian dalam Giant tu tanpa arah tujuan sama sekali.

Kakti : Jom beli ni? *pegang pemadam cap Giant*

Alya : Kakti jangan mengarut. Baik cari sandal dari berkeliaran gini.

Shafiqah : Tahu lah. Jom ah cari sandal kakti. 
Setelah itu, kami menuju ke kedai kasut. #ayat karangan biasa. Kakti pun memulakan pencarian scandal sandal nya. Shafiqah masuk sekejap dan keluar balik. Dia kata taknak masuk campur dan cari tempat duduk -..-' Kakti pun gelisah retak menanti belah mencari sandal yang sesuai dan ugut aku suruh cari. Aku pun cadang dia beli sandal jenis sama yang dia pakai dan  Kakti pun buat muka asdfghjkl. xD Shafiqah dan aku tukang timing sebab mengikut perjanjian, Kakti ada masa lima jam pilih sandal.


Lepas berhempas pulas cari, Kakti akhirnya berputus asa dan masuk kedai kasut sebelah. Sebelum tu dia ada jenguk kasut yang dia berkenan tapi sekali pusing tapak TUDIAAAAA harga lalu hasratnya terbatal.


Masa kat kedai kasutkedua, keadaan bertambah buruk sebab peluang Kakti untuk mendapatkan sandal semakin tipis lalu dia menggesa aku suruh cari lagi -.- Aku pun cari dan akhirnya ternampak sebuah sandal yang amat darat dan terus mencadangkan kakti sandal tu

Kakti sekali lagi buat muka asdfghjkl dan kami pun berlalu pergi dengan perasaan yang berkecamuk dari kedai (?) Shafiqah yang agak bosan menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku   ajak makan terus tanpa berlengah lengah xD Rancangan awal  nak Big Apple tapi selera Shafiqah terubah tanpa semena mena dan terus menuju ke KFC. 

Kakti dan Shafiqah makan Snack Plate dan aku dibelikan ubi tapi aku taktau nama dia LOL.  Ini bukanlah kerana sikap prejudis terhadap sahabat tapi aku memang takleh makan ayam KFC sebab haritu allergic teruk dan takleh makan benda benda mencurigakan. kbai. Kakti sepanjang masa paksa aku makan sambil kunyah ayam dengan pipi yang montel xD Shafiqah siap bawak laptop online facebook -..-' dan dia tunjuk twitter seseorang yang dia tak sangka ada twitter.

Lepas makan pi karaoke dua tiga lagu. #Ini sebuah pembohongan. Lepas makan aku ajak ke Kakti dan Shafiqah ke kedai pink di mana sebarang perkara di situ berwarna pink. Shafiqah teragak agak nak masuk last last tumpang sekaki -..-' Tapi dia suruh aku dengan kakti cepat sebab dia tak tahan lama lama tengok aku dan Kakti belek kotakpensel yang berbulu dan ada gambar bear -..- #Orang tua tak sedar diri.

Dipendekkan cerita lepas tu balik. Tapi aku dan Kakti bungkus Big Apple untuk keluarga mentua masing masing. Shafiqah mintak belanja donut nama Alien dan aku pun setuju tapi last skali tak jadi sebab taktau nak pegang macam mana bawak balik -..-' Donut alien tu agak misteri dan terlalu bercoklat.

Ada gaya macam alien? -.-

Wallahua'lam Bissawab :D




← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR