Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
dosa dan hati.
December 30, 2011 | 12:17:00 PM | 0 vanilla(s)


In the Name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

CREDIT - Artikel Asal : Majalah Solusi.
Seringkali diperingatkan bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan
rasa gelisah yang akan terus menggigit hati dan perasaan manusia selagi tidak ditebus dengan kata maaf dan taubat nasuha

Ya, dosa boleh disembunyikan dan dinafikan dari pengetahuan manusia,
tetapi mana mungkin boleh disembunyikan dari pengetahuan Allah dan diri sendiri?

Ketahuilah akan bahawasanya fitrah hati itu suci,
Oleh kerana itu, perbuatan dosa yang bersifat ‘kotor’ dianggap ‘mencemarkan’ fitrah hati itu sendiri.
Sebagai hasil, lahirlah perasaan gelisah dan resah yang bermaharajalela di dalam hati manusia.


Fitrah manusia jua, selama mana masih bergelar manusia, maka dirinya tidak akan pernah lari dari dosa
Ketahuilah bahawasanya Allah tidak hairan akan dosa yang dilakukan manusia melainkan hairan melihat mengapa kita enggan bertaubat dan kembali kepada Nya setelah melakukan dosa.

Insya Allah, selama mana masih tersisa nafas dan peluang
jangan pernah berputus asa untuk bertaubat.

Rebutlah peluang yang masih Allah kurniakan
kerana sebesar manapun jua dosa yang dilakukan,
Sedarlah bahawa sesungguhnya pengampunan dan kasih sayang Allah itu lebih BESAR  ^_^


....kalau dosa terulang?
Taubat lagi !

....terulang lagi?
Taubat lagi !

....Masih berulang?
Taubat lagi !

.............Sampai bila?!
SAMPAI BILA BILA !!!!! ^__^

Akhir kalam, kembalilah pada Rabbi,
Kerana hanya dengan itulah fitrah suci itu akan kembali =)

Wallahua'lam Bissawab :D



P/S : Muhasabah diri hari Jumaat,penghulu segala hari :)


Labels:



← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR