Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
SHAMS, the shining sun :) part 1.
December 19, 2011 | 5:12:00 PM | 0 vanilla(s)

 
Monday 19th October 2011
Start writing at 12:47 PM
Mood - Pretending to be happy *is it? -,-*
In the Name of Allah the Most Gracious the Most Merciful =)

Tingkatan Satu - 1 Ibnu Arabi

Masa mula mula hari sekolah kat SHAMS, aku ajak Nadira, Auni ngan Nora teman masing masing ke kelas. Yang lain semua murid sesi kemasukan kedua jugak kecuali Nora selaku pemandu pelancong masa tu xD Auni dapat sekelas dengan Nora, Nadira dapat kelas Ibnu Khaldun , aku dapat Ibnu Arabi. Jadi mula mula lawat kelas Auni , Nadira dulu baru kelas aku sebab aku dapat kelas yang paling belakang antara mereka -,-

Aku taktau kenapa  nervous sangat nak masuk kelas masa tu. Auni pun bagi sokongan moral suruh aku tanya orang yang dalam kelas tu kat mana tempat kosong yang ada lagi. Dengan berhati batu  hati, aku tanya Atiqah yang masa tu tengah menikmati keindahan pintu belakang.

Alya : Assalamualaikum, ada agi tempat kosong? *muka habis berpeluh sebab nervous tak bertempat*
Atiqah : Kat belakang.
Alya : Terima kasih. # tapi biasanya sebut 'maseh' je -,-
Atiqah : *angguk*
Alya : *masuk dalam kelas duduk tempat paling belakang sambil termenung mengenang nasib diri (?)*

Tiba tiba ada orang depan aku tegur # Sarah ah sape agi xD

Sarah : Mari ah duduk depan ni bukan ada orang.
Alya : Ok. *sambil pindah tempat dan kembali termenung xD*

 # Posisi empat duduk

Lepas tu keadaan senyap sunyi -,- Aku memang nak tegur Sarah tapi tak berani bukan sebab Sarah garang, tapi memang aku tak reti nak tegur orang. Yang paling aku ingat Ainul datang kat tempat aku dan tegur


Ainul : Nama?
Alya : Nur Alya Aqilah # tak sebut ah Binti xDDD
Ainul : Oh, nak panggil ?
Alya : Alya.
Ainul : Ohh *balik tempat*

OK aku tau masa tu Ainul agak frust xD Mana tak frust nya main jawab sepatah sepatah bila tanya #Sorry Nu -,- Lepas tu aku tak bercakap langsung ngan orang lagak macam bisu. Aku tak kenal orang tepi aku masa tu sebab dia tak hadir sekolah masa tu HAHA #Dina ahtu xD

Keesokan tu, ada murid baru masuk #Dina masih absent tanpa diketahui sebab musabab yang jelas. Sarah ada ajak dia duduk tempat Dina dulu untuk sementara. Dengan keberanian yang mendadak aku tegur -,-

Alya : *cuit cuit takut* Nama?
Budak tu : Ishana Nasuha. #Shana sangat sopan masa ni -,-
Alya : Sekolah mana dulu ? #ececece buat peramah
Shana : KAKA
Alya : Ohh, *dalam hati tertanya tanya KAKA tu apa -,-

KAKA tu rupanya asal dari SMKAKA [ Kuala Abang ]. Pendek cerita hari tu aku agak baik ah ngan Shana, kurang ah sikit tahap kebisuan. Bila hari Dina hadir pulak, dia semangat tengah tulis sesuatu dalam buku jadi aku tak berani ah tegur dia. Tiba tiba dia tegur, 

Dina : *senyum* Nama?
Alya : Alya 
Dina : Sekolah mana dulu?
Alya : Seri Budiman
Dina : Satu ke dua?
Alya : Dua
Dina : Bukan yang kat depan ni? *tunjuk tingkap*
Alya : Bukan
Dina : Dah?
Alya : Belakang sikit.
Dina : Ohh *sambung buat kerja*

Aku taktau macam mana Dina boleh sabar cakap ngan aku -,- Memang aku jenis jawab sepatah bila orang tanya apa pun. Kalau aku jadi Dina mungkin geram jugak kot kena duduk sebelah dengan orang yang macam tu. Tapi bila dah lama kawan, aku ada jugak tanya dia balik pasal benda ni dan dia pun kata dia geram jugak masa tu bila aku jawab sepatah sepatah benda dia tanya -,- Terutama part yang ,

............
Dina : Sekolah mana dulu?
Alya : Seri Budiman
Dina : Satu ke dua?
Alya : Dua

Ni ayat yang paling aku ingat ah dengan Dina -,-  Yang lain lain aku tak ingat sangat masa Tingkatan satu Masa mula mula dalam kelas tu aku tak cakap sangat dengan orang. PEMBETULAN, tak cakap langsung -,- Bila dah lama ok ah sikit. 

Aku rasa lebih senang nak sesuaikan diri kat SHAMS. Ramai yang kata bila duduk sana kejutan budaya lah, apa lah. -,- Tapi aku suka ayat Ainul, kalau kejutan budaya untuk kebaikan, tak salah benda tu #Ainul jangan bangge xD . Asalkan ada kesedaran bahawa kita sedang menyesuaikan diri di tempat orang dan akan menjadi sebahagian dari mereka di situ jadi mesti ah hormat adab dan peraturan  yang ditetapkan #buat ayat gaya kamus. Jadi tak perlu ah nak melenting, memberontak dan sebagainya. -,-


Ada satu insiden yang terjadi antara aku dengan Sofiah masa hari kedua aku kat sekolah yang aku baru mengaku kat Piah baru baru ni dan dia gelak tak henti henti -,- Waktu tu aku tengah turun tangga dan Sofiah baru nak naik tangga jadi bertembung ah -.- Aku tak perasan pun Sofiah sekelas ngan aku masa tu. Punyalah masa tu aku takut Sofiah marah sampai aku tak sempat mintak maaf dan buat macam tak jadi apa apa. Aku pun tak faham sebab aku nervous sangat, mungkin sebab aku ni cuma insan yang menumpang je kot kat sekolah tu  HOHO~ Maklum ah baru masuk. Lepas aku perasan Sofiah sekelas dengan aku, aku pun takut nak berteguran dengan dia dalam kelas dan pura pura tak kenal walhal dia sentiasa senyum -,- Bila ingat balik rasa nak tampar diri sendiri -,-'

Tu je aku ingat sepanjang Tingkatan Satu -,- 

Wallahua'lam Bissawab

Labels:



← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR