Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
SHAMS, the shining sun :)
December 19, 2011 | 9:51:00 AM | 0 vanilla(s)

 
Monday 19th of December 2011
Start writing at 8:48 AM
Mood - Sleepy -,- zZzz

In the Name of Allah the Most Gracious the Most merciful =)
Morning and Peace Be Upon You, readers ! :) # kalaulah ada readers tu -,-. Aku saja online pagi pagi ni sebab line laju skit maklumlah orang pakai broadband. Meluat skit pakai broadband ni sebab line agak lembab dan betat tapi OK ah skit dari tiada #pelik semacam ayat guna perkataan tiada ~ HUH -,-

Dalam masa kurang dari sebulan dah nak dekat tahun 2012 dan rasa terlalu sekejap tahun depan dah nak Tingkatan Empat. dan tak sangka cepat sangat jadi orang tua --' Tambahan, memang ada Matematik Tambahan tahun depan selain subjek subjek tambahan yang tidak perlu disebut untuk mengelakkan trauma.

Memandangkan tahun depan, Insha Allah kalau dapat result yang masih melayakkan diri ke SHAMS, memang akan stay situ sebab memang dah sebati rasa sayang kat SHAMS sepanjang tiga tahun kat sana :)

 Masa baru nak naik Tingkatan Satu, aku memang tak mintak sekolah lain pun kecuali SHAMS. Bukan sebab memang nak sekolah kat SHAMS masa tu tapi atas alasan senang nak hantar  xD  # alasan macam orang tua. Tapi masa tu memang tak rasa sangat pun nak masuk SHAMS sebab ingat semua sekolah tu sama. Tapi keadaan berbeza lepas dah mula kenal SHAMS. Masa mula mula tu tak dapat pun tawaran masuk SHAMS -,- #akibat alasan yang tak munasabah. Jadi untuk bulan pertama aku masuk SMK Sultan Sulaiman dulu dalam lebih kurang sebulan kat sana.

Disebabkan memang susah nak hantar kakak aku kat SHAMS, aku kat SMKSS, adik dan mak aku kat SK rendah # yang menyebabkan setiap hari aku terpaksa tunggu luar pagar gara gara lambat sampai. Jadi, ambik keputusan buat rayuan jugak nak masuk SHAMS dan alhamdulillah dapat pun akhirnya xD

Masa hari pendaftaran, memang rasa gelabah -,- First time pakai jilbab labuh masa tu dan aku lipat tudung dengan tersangatlah bulat masa tu -,- #terasa. Masa tu hari Merentas Dunia Desa rasanya jadi riuh skit ah sekolah. Aku pun dengan suspen masuk pejabat untuk daftar. Cikgu Fadariah pun tanya,

Cikgu Fadariah : Masam nya muka, sedih ke masuk SHAMS ?
Aku : Suka. *jawapan sepatah tapi muka tetap masam*
Cikgu Fadariah : Nah,  masuk kelas 1 Ibnu Arabi. Boleh tengok dulu kelas kat belakang sana *bagi kertas*

Aku tak ingat sangat kejadian sebenar tapi rasanya masa nak keluar pejabat tu cikgu tanya sekali lagi kenapa muka sedih sangat xD Lepas tu melawat kelas dengan ayah aku. Masa naik tangga tu orang agak ramai dan bila aku naik , semua orang tengok semacam dan pelik. Aku pun takut -,-. Bila dah lama skit sekolah kat sana baru aku tau yang tangga aku naik tu untuk Muslimin sebab tu orang tengok pelik zzZz -,-'

SEKIAN. Post seterusnya aku ingat nak sambung sepanjang tingkatan 1,2,3. Nak gabung skali takut serabut serabai xD

Wallahua'lam Bissawab




Labels:



← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR