Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
Raya Sekolah *Awas,ini post basi dan tidak bergambar*
September 21, 2012 | 10:46:00 PM | 0 vanilla(s)


Post ni sebenarnya dah lama berkurun kurun ada dalam draft. Taip betul betul lepas balik raya dari sekolah. Teragak agak nak post atau tak. Post jelah. -__-''



Pagi tu ke sekolah macam biasa. Aku ditugaskan untuk mengangkut air gula seberat 1000g bersamaan sekilo je sebenarnya . Air gula tu nak guna untuk buat air Sunquick Guava Strawberry apa tak tahu nama dia. Memanglah air gula guna untuk buat air. Takkan nak makan laksa kuah air gula -___-‘  First time aku rasa air tu dan agak sedap lah jugak. Aku minum berbakul bakul walhal lupa daratan diri sendiri sedang batuk. Tak apa, balik rumah nanti minum jus ubat batuk cap ibu dan anak ibu beri anak minum ubat batuk ibu beri si anak kembali *tak ingat lirik*

Tahun ni aku pakai baju tema merah . Ada unsur unsur kemerdekaan di situ ya anak anak -_- Ini kerana Malaysia merupakan negara demokrasi. Aku rakyat yang merdeka. Jadi sebab tu aku pakai warna merah . Sebenarnya tahun ini aku serahkan segala urusan memilih baju baju raya kepada ibunda yang tercinta sebab beli lambat sangat nak dekat dekat raya dah jadi tak cukup masa. Jadi, ibunda yang dicintai pun membelikan anakandanya yang baik hati ini baju raya polkadot hitam merah dan kebetulan sama dengan seseorang tapi aku punya lain sikit haha k bai haha kbai haha kbai haha kbai hahahahahaha bai *krikk krikk*
Jadi sebenarnya baju raya aku satu tu jelah. Yang corak holkodotsy polkadot hitam merah tu. Tapi kebetulan masa nak ambik baju raya tu, yang tukang jahit tu siapkan sekali baju aku yang dah berkurun ditempah jadi aku anggap tu baju raya kedua lah. Aku sebenarnya dah lupa kewujudan baju tu. Warna pun sama jugak. Hitam merah. Patriotik betul  -.-


Masa hari raya haritu aku dah pakai baju polkadot holkodotsy *eh eh* apa semua, jadi untuk perayaan sekolah, aku pakai yang satu lagi tu lah. Kain tu sebenarnya lebih kurang je macam baju baju yang aku dah ada. Ok, sebenarnya semua baju aku lebih kurang sama sebab baju baju aku semua tak ada bunga -.- Baju baju aku jarang sangat sangat ada bunga dan kalau ada pun sebesar anak semut mungkin -.- Aku tak tahu kenapa jadi macam tu tapi bila ke kedai kain aku memang tak suka tengok baju yang berbunga bunga jadi last sekali biasanya aku beli kain corak conteng conteng ataupun macam cakar ayam -.- Tapi bila tengok orang pakai bunga bunga, nampak anggun je pun. Mungkin jiwa aku  tidak berbunga bunga dan kosong . Puii ayat meraih simpati xD


Berbalik kepada hari perayaan ke sekolah, lepas aku sampai kat kelas ramai semacam provok kenapa aku tak hadir hari sebelum tu. Diana duduk depan pintu dengan baju gold yang menawan semangat tanya, “Alya, awak alerjik ke semalam?!” Aku jawab tanpa perasaan “ Mana ada” Auni pulak tibatiba tanya dengan bahasa Terengganu yang pekat “ Alya, bakpe awok dok mari mmareng?!” -.- Fifi macam biasa ah, “Hok ni ponteng sokmo! “ xD Dini pun menyampuk yang orang tak hadir semalam tidak dibenarkan beraya. Jadi aku pun balik serta merta. Tamat.*tipu*


Semua orang sungguh segak bergaya di hari raya hari yang mulia ampun maaf dipinta mensuci hening dosa *lirik rekaan*. Fifi tampil bergaya dengan baju love love hijau romantik ala ala Itali (?) Diana pulak sungguh glamour dengan baju yang diperbuat dari emas tulen. Sabsab tema biru tahun ni. Satu geng dengan aku lah jugak sebab biru pun warna jalur gemilang. Aku agak berrrkenan dengan baju Shahiela yang menawan tahap awan sebab ada corak ranting ranting  dan tentunya tak ada bunga xD Dini, Didi, Afiqah  team rumah pink. Tahun ni Sofiah tema biru lembut dan terrrrkebetulan tetap sama warna dengan seseorang sama macam tahun tahun sebelum ni. Bersabarlah Piah xD Ain pun biru lembut. Liani, Aishah dan Wani pulak hijau hijau lembut membuatkan aku teringat pada kampung halaman (??) Auni dan Syafiqah pulak warna koko atau dalam bahasa makanannya, coklat -.- Tomi tampil berani dan anggun dengan berbaju kurung purple yang menawan. Ema dengan Nadira baju warna putih. Suci je mata memandang, haha.  DAN TIDAK LUPA BAYYIN YANG MENAWAN DENGAN BAJU PINK POLKADOT ! xD Nadhirah Ali tidak hadir tskkkk. Nak tengok baju raya Nad wuuu T____T


Masa tengah semangat bersembang tahap subang, tiba tiba ada pengumuman untuk bacaan Yasin dan solat hajat. Aku, Diana, Shahiela dan Tomi semangat ke surau sebelum orang ramai sebelum keadaan menjadi sesak. Siap ambik wudhuk, pakai kain sembahyang dengan penuh lengkap dah -.-  Tapi aku pelik sebab orang ramai macam tenang dan relaks je. Disebabkan ruang bawah tak muat, jadi aku dan Diana kena duduk tingkat atas. Tapi yang peliknya aku dan Diana je yang pakai kain sembahyang kat situ, orang lain tenang je pakai baju raya baca Yasin sebab masa tu bacaan Yasin dah mula. Rupanya tak ada pun solat hajat -_- Bacaan Yasin dan doa je. Dengan sadisnya aku dan Diana melipat kembali kain sembahyang dengan wajah yang sopan. Oh, kami memang sentiasa sopan. HAHA TAK LAWAK. HAHA TAK LAWAK. HA. HA. Ramai jugak jumpa kawan kawan kat surau masa tu. Ainul yang segak berjubah hijau, Sadia yang sama geng baju merah dengan aku, Atiqah Zailani, Khaulah dan Adik Kakti yang sangat menawan dan bergaya dengan baju polkadot biru putih .  Menurut Khaulah, Zahra tidak hadir sebab dia kena tinggal dengan bas. Ya Allah, kesiannya -.-


Lepas selesai urusan di surau, Teacher Rohana mintak siapkan balung ayam kat songkok  -_- Mulamula aku tak faham macam mana nak letak balung ayam kat songkok dan apa motif letak balung ayam kat songkok?!  Rupanya letak bunga mangga yang ala ala kenduri kahwin tu untuk hiasan songkok perarakan. Setelah sesaat, Fifi dan Auni panggil aku untuk tulis “ Selamat Hari Raya” kat whiteboard. Tahu tahu ah whiteboard tu besar dan tulisan sudah tentu jadi senget menget. Aku tak reti nak agak besar mana nak tulis dan faham faham lah aku ni agak kurang tingginya (u__u”) Masa tengah buat tu, aku dengan sadisnya terjengket jengket kat whiteboard. Kalau tahu, baik aku pakai high heels 27 inci milik aku yang tak pernah wujud tu. Dan masa tu, lengan baju aku tersangkut kat paku whiteboard dan habis punah ranah sebahagian lengan baju aku tu. Ini membuktikan, betapa bahayanya sifat gangster -.-


Jadi menu jamuan raya kelas aku tahun ni, Laksa Penang buatan ibunda Afiqah Azmi Sky Pororo Porochi dan sebagainya XD Tapi menurut ketua kelas,  laksa tu diimport khas dari Penang masa ustaz tanya siapa yang buat Laksa Penang  tu -__-‘’ Ramai orang puji hingga menjilat garfu. Aku tak tahu rasa dia sebab aku tak makan sebab aku berdendam dengan Afiqah xD Hoho, mana ada. Aku tak makan sebab ramuan normal laksa yang mengandungi belacan menyebabkan aku yang abnormal ni takleh makan. Nanti aku bersin membersin gaya hiphop dalam kelas kan susah pulak semua orang nak melarikan diri -.-

Aku taktahu kenapa post kali ni aku taip detail sangat. Paragraph punya lah banyak padahal tak masuk lagi bab raya. Baru intro -.- Jadi bila dah panjang sangat aku rasa malas nak sambung.

Jadi dipendekkan cerita, lepas makan makan dengan banyak gaya orang tak pernah makan dua ratus hari, kelas aku berkonvoi beramai ramai ke kelas pihak atasan. Maklumlah kelas aku terletaknya di bawah tempurung (?)

Jadi aku makan makan makan dan makan sampai meletup dan terpaksa dikejarkan ke hospital. *boleh tak jangan nak hiperbola sangat* Tapi memang aku makan banyak lah hari tu. Maklumlah setiap kelas sungguh berbaik hati offer macam macam dan aku yang tidak malu ini pun menerima pelawaan dengan hati dan perut yang terbuka -_-''

Lepas tu banyak sesi sesi photoshoot yang berlaku di tangga tangga. Tapi aku tak join sebab aku memang tak suka diambil gambar -_- Ok, sebenarnya aku ada sebab yang tersendiri. Yang rahsia. Yang seorang pun tak tahu kecuali Allah dan diri aku sendiri. Hal tu lah buat aku tak suka diambil gambar -_- Jadi kalau nak kata aku kolot, kuno, purba pun silakan. Aku tak kisah. Aku ada sebab sendiri. Dan bukan ada orang peduli pun tskkk. Dan aku jugak nak minta maaf kepada mereka yang offer nak ambil gambar dan ditolak mentah mentah oleh aku. Sori T____T

Overall memang raya kali ni betul betul buat aku gembira. Alhamdulillah :)
Tapi mungkin sebab aku gembira gembira sangat kot yang buat situasi menjadi sebaliknya waktu balik -.- Waktu nak dekat dekat balik tu tiba tiba mood aku dilanda badai taufan willy willy hurikan dan sebagainya sebab aku sebenarnya ternampak sesuatu masa kat atas blok. Maksud aku, bukan nya aku nampak benda benda makhluk tak sepatutnya dilihat oleh mata kasar. Aku sebenarnya nampak orang orangan yang tak sepatutnya secara tibatiba masa tu. Tak lama pun tapi cukup untuk buat mood aku terbang dibawa angin (?) Cewah ayat puitis ahni konon xD

Aku sebenarnya ada jugak rasa bersalah kat kawan kawan aku lepas kejadian tu. Disebabkan mood aku tak normal masa tu, aku buat layan tak layan je kawan aku T____T Sori. Aku tak reti nak berpura pura dan sori sebab masa tu memang aku tak layan siapa siapa. Aku tengah bingung lagi masa tu dengan apa yang terjadi. Jadi, sori T_____T

Done with part yang sedih dan hiba -_- . Ok, tu je. Lepas solat zohor boleh balik so aku balik lah. Sebelum tu aku sempat basuh tong air dengan Tomiiiiiiiii. Best main sembur sembur air dalam tong tu tapi yang sedih Fifi tak ada masa tu.  Aku ada tragedi basuh tong air dengan Fifi waktu Form 2 lol xD

Hanya tu yang sempat aku ingat. Apa apa pun Selamat Hari Raya. Wallahua'lam bissawab.


← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR