Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
Dulu, kini dan kehidupan sebagai seorang petani.
November 6, 2012 | 11:30:00 PM | 2 vanilla(s)


"http://alya-shams09.blogspot.com/ <--- Link pertama belog di alam maya karin ini"

Assalamualaikum

Masih ingat macam mana bila kali pertama berbelog. Masih ingat pertama kali bila baru jumpa belog. Masih ingat macam mana perasaan bila first buat belog sendiri. Masih ingat post pertama aku dalam belog pertama . Dan cara aku berbelog juga telah melalui beberapa evolusi dan ini tiada kena mengena dengan Ema Evo Nur tentunya sejak aku mula berbelog sampai lah sekarang. Tahun ni masuk tahun keempat aku berbelog.

 OK KENAPA AKU RASA AYAT DI ATAS MACAM MENGALAMI SEDIKIT GETARAN EMOSI?! xD*sobs*

Di sini, aku catatkan sikit beberapa evolusi yang aku telah lalui sepanjang  berbelog menurut pandangan aku yang baik hati ini. Ehhh, terrpuji diri sendiri pulak uolls (u__u) 


.......................................................

Kerempitan Berleluasa

Bila aku baca balik post post aku yang zaman dahulu kala tu, aku memang kena siapkan enam bijik baldi di sebelah aku sebab aku betul betul rasa nak muntah ungu bila baca balik. Seriously. Aku tak lah mengutuk atau menghina diri sendiri cuma kadang kadang aku rasa lawak pun ada -_- Macam nak muntah je baca ayat sendiri pada zaman dahulu kala dan normal lah tu kan -_- Mungkin suatu hari nanti bila aku besar dan berkerjaya *cewah* dan baca balik post aku yang lamalama, aku perlukan enam belas baldi. Sebabnya, bahasa yang aku guna dulu membuatkan aku rasa ada anak itik berlegar legar dan nak keluar dari anak tekak aku ni -_- 


Bahasa yang aku guna masa berbelog dulu ada ala ala rempit dan aku rasa macam nak ewww je sambil peluk tiang dan menangis tersedu sedu -_- Lepas tu banyak pulak perisa HOHOHAHAHIHIHUHU nya dalam setiap ayat -_-

Contoh : Nak bagitahu hari ni ada itik datang ziarah

Dulu : Ary nie 0pp...ade itik dtg ziarah..huhuhu....bez lew..hahahahahaha....

Sekarang : Hari ni ada itik datang ziarah beta, sekian terima kasih. *ok ayat ni formal terlampau je aku rasa*


.......................................................


Obesiti dengan tanda bacaan 

Ni satu lagi masalah aku dulu. Post post aku dulu memang kaya dan mewah dengan tanda baca -_- Tak tahulah. Mungkin dulu aku berangan nak main piano kot dengan keyboard laptop ni so aku tekan lah banyak kali butang tanda baca kat keyboard laptop. Ok lepas ni aku nak pergi kelas piano lah (?) Rasa nak hempuk je piano atas diri sendiri tahu -_-  Ataupun mungkin dulu aku terlebih excited kot nak update belog maklumlah zaman dahulu kala memang jakun betul dengan belog belog ni xD


Contoh: Nak bagitahu itik yang ziarah tadi sakit perut

Dulu : Arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Itik yg ziarah 2 saket per0t!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gane ni????????????????.................................

Sekarang : Aaaaaaaaaa itik sakit perut ! Aaaaaaaaa -_-


.......................................................


Jurang yang terbina

Ok mungkin tajuk "Jurang Yang Terbina" tu terlebih emosi kot aku rasa. Nak buat tajuk novel  lah xD Maksud jurang tu "space" sebenarnya. Pada zaman dahulu kala, aku ni selalu sangat space kan semua benda sampai tahap yang melampau. Sesungguhnya aku telah membina jurang di antara perkataan perkataan. Dan itu kedengaran kejam. -_- Jadi, mungkin sekarang ini aku cuba untuk rapatkan kembali jurang jurang tersebut. Konon buat space banyak nak bagi senang baca tapi kalau dah melampau baik pergi terjun laut atau telan anak itik hidup hidup. 

DAN KENAPA BANYAK SANGAT ITIK DALAM POST AKU NI? 
Adakah aku telah jatuh cinta dengan itik? OK, baiklah TAK LOGIK LANGSUNG.

Contoh jurang yang terbina : Nak bagitahu kisah itik sepanjang perjalanan ke rumah

Dulu: 
Mle2...........ade lah itik niey...................
dye datang umah aq...................
pas2 dia p0n balek........huhuhuhu...........

Sekarang : Ada itik ni, dia datang dan dia pun balik, bai.

Nampak tak jurang jurang yang terbina itu? -_-


.......................................................


Kuantiti imej yang melampau


Dulu pun aku suka sangat lahhhh letak icon icon atau emoticon emoticon kat setiap perkataan. Dan aku tak nafikan sampai sekarang pun aku suka sebab aku memang minat icon icon ni sejak zaman 1850 walaupun masa tu aku sememangnya belum dilahirkan -_- Tapi yang berbezanya mungkin kuantiti lahhh. Kalau dulu, setiap perkataan tu kalau boleh nak letak icon. Ciss, darat je bunyi xD *tumbuk wajah menggunakan kapak* Tapi aku sebenarnya memang suka tengok icon icon tu sebab dia menambahkan perisa pada ayat yang tawar dan aku sangat suka belajar bab Ikan Air Tawar dalam subjek Kemahiran Hidup aliran Pertanian(?)

Contoh : Nak bagitahu itik pulang ke sarang kerana hari sudah petang.

Dulu :  Huhuhu.....itik nk balik da c0z hari da petang...huhuhuhuhuh......
 *yang ni mungkin melampau sangat tapi biarlah, sebagai contoh*

Sekarang : Hari sudah petang jadi itik pun pulang. Bai itik. Selamat jalan.



Wallahua'lam bissawab.

P/S : Semoga evolusi ini dapat bawak kebaikan yang dapat aku gunakan suatu hari nanti untuk kebaikan Islam, insha Allah  :) Aku sebenarnya berminat jugak bab menulis ni. Kalau diizinkan, nak jugak tulis sesuatu yang bermanfaat atau berilmiah suatu hari nanti  (u___u)





← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR