Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
Ikan, Jepun , teapot dan makaroni.
November 4, 2012 | 12:55:00 AM | 0 vanilla(s)

Sudut gambar dari bilik aku. Ada rasa macam banduan tak sekarang -_-

 Ni scheduled post, aku tak publish terus sebab belog buat hal jadi aku  schedule kan kepada 4 November 2012

Assalamualaikum  

Lama betul belog ni ditidakpedulikan serta dipinggirkan serta dianaktirikan. Boleh tak rasa nak makan ikan sekarang ?  

Seriously lama betul aku tinggalkan belog ni -_- Aku check post sebelum sebelum ni pun kebanyakannya dah lama dan kalau tengok older post pun banyak yang post sebelum dan lepas PMR. Aku rasa lah, tahun ni paling aku tak update langsung belog. 

Dan aku sebenarnya tak faham kenapa orang duk eja blog jadi belog -_- Dan aku lagi lah tak faham kenapa aku pun ikut eja macam tu. Boleh tak aku nak distort ejaan sikit biar jadi berlogs? -_- Tak pun bewwlogrzz ke. Biar senang sikit nak muntah.  Belog ke blog ke, dua dua SAMA JE PUN -_-  Ohh, boleh aku nak ke Jepun sekarang? 

So, memandangkan sekarang ni cuti sekolah, aku hukum diri aku sendiri update belogs setiap hari sebagai hukuman dan galang ganti garagara aku abaikan belog aku dekat setahun -_- Tapi masalanya, kalau aku berbewlogzz setiap hari pun, aku rasa aku lagi banyak mengarut mengabang telipot je . Ni yang aku nak beli susu teapot ni. By the way bukan ada orang baca pun belog pinggiran aku ni so biarlah aku nak mengarut atau jadi tukang karut sampai berparut pun. Yang pasti nya, aku memang tak nak beli limau purut.


Tapi insha Allah lah, kalau ada masa aku post entry yang bermanfaat sikit. Selain Puan Rohani, rohani kita sendiri pun perlu makanan. Tak kisahlah makaroni ke, manjakani ke tapi rohani tetap perlukan makanan Dan makanan rohani tu salah satunya ilmu. Biar lah rohani tu chubby, baru perangai cute, kan? Ewahh, quote buatan sendiri xD Secara jujurnya aku duk mengarut mengarut ni aku tak rasa totally rugi dan tak bermanfaat pun. Dari satu sisi ,aku sedang tingkatkan penguasaan bahasa *secara teknikalnya lah* Sebab melalui berblog, aku belajar cara nak olah cerita. Ok, sori bukan berblog tapi berbewwlogzz *muntah hijau dua jam* 

Setakat itu sahajalah. Aku tahu tajuk entry ni tak ada kena mengena langsung.
Ada lah jugak rasa nak tendang diri sendiri tapi buat apa lah nak sakitkan diri sendiri -_-

Wallahua'lam bissawab
Oppa Gangnam Style ke hapa emoticon ni -_-

P/S : Banyak pulak icon dalam post aku -.-





← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR