Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
Bajet engineer.
December 17, 2012 | 2:41:00 AM | 1 vanilla(s)

Dan inilah hasil engineer~ *baca dengan nada penuh sarkastik*

Assalamualaikum

Kebelakangan ni aku mula berjinak jinak dengan kraf kraf dari kain felt sebab sejujurnya aku sangat berminat dengan benda alah felt ni (=_=) Sementara aku tengah berjinak jinak tu, terbit lah idea aku nak cipta benda yang sangat cantik  di atas. Aku tak pernah tengok lagi orang guna benda ni. Kalaupun ada, tak berfungsi macam yang ada kat atas ni. Ataupun mungkin sebenarnya ada tapi aku yang tak tahu menahu. Dan kalau aku jumpa benda ni aku akan tuduh orang tu curi idea aku hahaha. Tapi siriyesli, tiba tiba masa tu aku rasa nak buat benda ni dan aku sangat suka hasil dia ekceli. Dan perlu diingatkan aku bukannya tengah membajetkan diri di sini sebab ini bukan pembentangan bajet 2013(=_=)

Sekali tengok nampak macam tak guna je benda yang dalam gambar kat atas tu. Dua kali tengok nampak  macam benda bodoh pun ada *censored* Maaf atas kecurangan perkataan (u__u) Daripada aku terus guna perkataan yang kurang sopan, baik aku terangkan fungsi benda bergulung warna oren ni.




Ni gambar benda gulung alah tu dari sudut yang lain. Dan aku rasa gambar ni tak membantu langsung untuk terangkan fungsi benda ni xD


CARA MENGGUNAKAN BENDA ALAH BERGULUNG YANG BERWARNA OREN


Mula mula, masukkan sebarang perkakas alatan tulis ke dalam gelungan hitam pertama.
*cewah, ayat mengalahkan chef dalam tivi* (=_=)




Kemudian, masukkan gelungan kedua di hujung pen.
Dari sudut gambar ni aku rasa dah boleh agak fungsi benda ni (--'')



Lepas tu gulung sekuat hati. Tapi janganlah kuat sangat sampai koyak (--'')



Dan gulung lagi....gulung lagiiii dan lagi. 


Dan siappppp !

Aku tahu benda ni nampak cacat sikit (--'') Sebabnya tak cukup panjang. Ni lah fungsi utama benda yang bergulung tu tadi. Boleh dikira sebagai pembalut atau selimut atau baju pensel dan pen. Tak lah hebat pun. Tapi untuk orang yang suka menghias benda benda yang tak sepatutnya macam aku ni, aku suka benda benda yang macam ni. Benda yang letak kat pensel macam ni memang lah dah lama jual tapi aku tak pernah tengok lagi yang bergulung macam ni. Keistimewaan dia, boleh laraskan ikut saiz pensel atau pen masing masing sebab dia guna konsep gulung menggulung untuk mengeratkan tali persaudaraan.  Gelung hitam tu lah kena buat besar sikit.

Dan ni yang paling plain. Kalau rajin, boleh letak nama, atau hias dengan apa apa benda sekalipun hatta manik, berlian atau rempah ratus xD


Wallahua'lam bissawab

P/S : Aku post ni bukan nak buat bangga atau bajet tapi saja berkongsi. Apa apa pun, semua datangnya dari Allah (^-^)



← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR