Assalamualaikum fellas :) FOLLOW? | DASHBOARD?



Alya :) <body>
Entries

Alya

Links

Status
Hidup berjiran.
March 15, 2013 | 4:09:00 PM | 0 vanilla(s)

4 Bukhari :)

Assalamualaikum

Untuk tahun 2013, aku ditempatkan di kelas 5 Bukhari. Aku tak berperasaan sangat hal kelas kelas ni. Oh aku memang tak ada perasaan dalam kebanyakan benda (-_-'')  Tapi siriyesli sayang nak tinggal kelas 4 Bukhari yang dulu. Huuuu~ T___T

Untuk tahun 2013 ni juga aku telah memecahkan tradisi yang telah aku kekalkan sepanjang tiga tahun iaitu pertukaran deskmate-tiga-tahun aku yakni, Miss Sabrina Syarfa yang gojes dan marvelesss. Ni nak daftar nama dalam pertandingan Miss Universe ke hapa (--'') Dipendekkan cerita, tahun ni aku dapat deskmate baru, iaitu Encik Diana yang macho dan hensem xD
Dua dua deskmate yang best. Dua dua aku hargai. Dua dua aku sayang

Mula mula aku dengan Diana dapat tempat duduk tepi tingkap bahagian kanan kelas tapi tak bertahan lama. Lepas seminggu, aku tukar tempat kat tengah dengan Syafiqah dan Tomi. Sebabnya adalah rahsia. Tak lah rahsia mana pun sebenarnya (-_-'') Aku tak boleh duduk tepi tingkap sebab aku ni abnormal. Tak boleh kena sunlight direct exposure, nanti aku bertukar jadi vampire dan gigit semua orang dalam kelas tu xD Aku sebenarnya sangat sangat terharu dengan Syafiqah dan Tomi yang sudi menyerahkan tempat duduknya yang berharga untuk aku dan Diana T__T Tapi kadang kadang Syafiqah dan Tomi datang duduk jugak tempat dia yang lama sambil mengungkit ngungkit dan aku dengan lagak tak malunya buat isyarat menghalau xD


Disebabkan tempat duduk aku berubah, jadi jiran tetangga aku dalam kelas pun berubah. Sebelum ni depan aku Ema dan Iman. Belakang aku Auni dan Huda. Mereka ni jiran tetangga yang osem dan sangat rajin buat homework T____T Masa ni aku tak berapa kenal lagi Huda dan Iman *walaupun sebenarnya aku dah tusyen sekali dengan Huda tahun lepas dan bising je pun masa kat tusyen* (-_-) Iman ni seorang yang sangat  sweet. Cara dia cakap sangat cute dan bergaya sebab dia memang bukan asal Terengganu. Mula mula aku kekok lah sikit nak cakap tapi bila dah dua tiga hari aku dah tak segan dan selalu jugak panggil dia dari belakang. Kesian dia kena berpaling setiap saat masa tu (--'') Ema memang aku dah biasa dari tahun lepas jadi aku selesa ah nak kacau dia pun. Tapi biasanya dia kenakan orang dengan sebut kuat kuat benda yang tak berkaitan sampai sekelas dengar (--_--) Semua orang dah terbiasa xD

Auni memang aku dah kenal sejak darjah lima jadi memang tak ada masalah ah. Cuma dari tahun lepas ah sejak Auni rapat dengan Fifi, aku pun jadi macam kerap jugak bercakap cakap dengan dia dan boleh diajak bergurau gurau. Tahun ni Auni panggil aku Ali je xD  Auni ni seorang yang sangat motivated. Haritu dalam bilik SAL tiba tiba Auni buat kerja dengan sangat cepat sementara orang lain buat kerja sambil bercakap cakap maklumlah cikgu tak ada. Aku pun tak puas hati,

"Auni laju nya buat ! TAK ACIIIII"

"Memang ah, lepas ni nak berbual!" xD

Semua orang di sekeliling pun insaf sekejap dan buat kerja cepat cepat biar lepas tu boleh cakap banyak lama sikit (-_-) Dan sudah semestinya Auni siap awal sekali dan cepat cepat ajak "Jom lah bercakap sekarang! Sape ada cerita sensasi?!" Aku pun, "Saya ada, saya ada !" Jadi aku pun cerita pasal insiden kerengga aku yang tak perlu diceritakan di sini dan Auni tahan gelak sampai merah merah muka dan Nad Ali tibatiba tertunduk dan mintak tisu sebab hampir tersembur dengar cerita tu. Diana memang gelak tak cover punya xD

Jiran tetangga yang seterusnya, Huda. Aku memang dah tusyen sekali dengan Huda sejak tahun lepas. Kat tusyen bising je dengan Huda sekali dengan Nad Ali, Kakti, Ema, Sadia. Tapi kat sekolah baru tahun ni berbaik baik dengan Huda. Haritu masa piknik awal tahun ramai ramai dalam kelas lepas belajar, maklumlah 5 Bukhari memang semuanya kuat makan  , Huda ada bagitahu,

"Alya, saya ingatkan awk ni seorang yang lemah lembut. Dari luar memang betul betul nampak sopan dan lemah lembut tapi sy tak sangka awk macam ni rupanya" (-_-'')

Ema pun tiba tiba "ALYA SOPAN?!! Eeeeee"

Aku pun bangun dari kerusi sambil buat gaya lemah lembut,
"Maaf, saya yang sopan ni nak mintak diri nak ke tandas sebentar nak basuh tangan" *tunduk hormat*

Huda dan Ema pun "Eeeeeeeeeeeeeeeeee gedik !" (---___---)

Aku pun dulu ingatkan Huda seorang yang serius tapi sebenarnya sangat sangat best dibawak bergurau. Diana haritu mengaku depan Huda "Huda, dulu saya ingat awk seorang yang bongkak !" xD

Setelah berpindah ke tempat baru, jiran jiran tetangga aku pun mestilah baru. Bagus jugak pindah tempat ni. Dapat meluaskan kenalan dan memartabatkan hidup berjiran (-_-) Di tempat baru aku tu, aku duduk belakang Pika dan Qilah. Ohhh mereka ni sangat cute dan kecil. Sesuai dengan jiwa aku yang sebati dengan unsur unsur gangsterisme semulajadi.

Pika sangat suka muncul secara tiba tiba tepi aku dan renung dengan misteri. Aku selalu pelik dia muncul dari mana lepas tu dia gelak je dan selamanya panggil aku Biri biri. Aku suka curi kotak pensel dia letak dalam poket sebab pencil box dia pun kecik dan cute.

Qilah pulak tahun ni diberi nama baru yakni "Plastik". Nama tu aku dan Diana yang reka. Sebab kulit Qilah sangat cantik dan licin. Lepas tu Diana pun setuju, " Ye, macam buat pembedahan plastik!" Sejak tu dia dipanggil plastik oleh masyarakat setempat . Diana sangat suka pukul Qilah dengan pembaris panjang. Mujurlah Qilah ni penyabar dan berjiwa cekal umpama plasstikkk xD Aku suka ugut dia dengan alasan nama sama.. Haritu aku paksa dia cerita kisah dia di tuisyen tapi dia pun menolak. Aku pun "Cerita aaahhh, kita kan nama sama.." Huda di tepi menyampuk. "Mende lah Alya. Dok sabbik pun !" Lepas tu Qilah pun offer biskut tiger.

"Siapa nak biskut Tiger ni?"
 "Saya kenyang dah tapi sebab nama kita sama, sy ambik ah"(-_-)


Dini dan Piah duduk depan Qilah. Piah tetap jadi penolong kelas tahun ni. Aku sangat suka Piahhh jadi penolong T___T Piah sangat lah caring dan sentiasa mesej semua orang bila ada makluman apa apa biar makluman tu sampai dah ataupun yang kecik kecik je pun. Memang salute ah dengan sikap Piah ! Aku bangga jadi anak buah dia selama tiga tahun xD Dulu 2 Ibnu Qudamah, 4 Bukhari dan sekarang 5 Bukhari. Piah tetap tak berubah. Bertanggungjawab dan bersemangat !

Dini pulak seorang yang sangat sangat motivated. Biasanya aku akan mengadu kat Dini di Whatsapp kalau aku rasa unmotivated dan Dini sentiasa bagi kata kata peransang dan bersemangat ! Dia biasanya panggil aku "Yaaa.." je xD  Piah pulak tetap panggil aku Lish sejak Form 2 sebab waktu Form 2 aku ada sejuta nickname yang direka Fifi dan antara yang paling femes, nama Lilish. Piah pun ada bagitahu haritu, "Gane gane pun sy tetap sedap panggil awk lish je lishhh.." xD

Jiran aku di sebelah kiri , Raihanah dan Adleen. Aku dah biasa cakap dan tegur tegur Raihanah sebab masa Form 3 hadir kem sama dengan dia. Lagipun Raihanah jenis yang sangat sangat friendly dan buat aku rasa selesa sampai kadang kadang tu terlebih cakap pulak dengan dia (-_-'') Raihanah ditugaskan jadi bendahari tahun ni. Dia selalu merungut aku dan Diana yang selamanya berhutang dan lambat bayar duit kelas. "Awak dua orang ni sama je !" dan lepas tu gelak dengan semangat xD

Dan dia pun ada mengaku, "Tahun ni saya rasa happy sangat mari sekolah. Semua classmate kita best. Sy jadi happy dan semangat !"

Adleen adalah seorang yang sangat sopan ayu anggun dan cantik jelita bak bulan purnama xD Masa first time aku cakap dengan Adleen, dengan aku aku pun jadi tersopan sekali. Lepas dah lama lama ok je.  Adleen sangat baik hatiiiiii. Sekarang ni dia selalu provok aku balik lewat setiap hari (-_-) Haritu aku ada mintak dia ajar topik transformation. Dini dan Fiqah ada sekali waktu tu. Tiba tiba, Adleen tak boleh ajar sebab tak tahan gelak tengok aku dan Dini yang asyik gelak melampau bila aku empat puluh kali tak faham apa yang diajar (-_-) Last sekali Adleen yang gelak semangat dan tu first time aku nampak dia gelak macam tu. Style gelak tak bunyi tapi gelak lama xD Haritu aku sekali lagi mintak Adleen ajar cara lorek set dan barulah aku tahu rupanya ada kaedah senang je nak tahu lorekan set tu (-_-'') Semua orang bertepuk tangan masa tu sebab tak seorang pun tahu sebenarnya ada kaedah untuk tentukan lorek set tu. Lepas ni aku nak panggil dia Adleen Putra ahh (--_--")

Depan Raihanah dan Adleen ada Nani, Fiqah, Nadira dan Shilshil. Aku misteri je dengan Fiqah, Nani dan Nadira ni. Tiga tiga orang ni sama je xD Dan merekalah orang yang paling teliti dan lengkap dengan sebarang perkakas. Kelas tu memang bebas dari gejala sakit perut yang berterusan sebab mereka memang setiap hari bawak minyak yuyi. Tisu pun sekotak atas meja, memo pad satu kotak dan semuanya lah. Buku buku dan modul semuanya di binding satu satu dengan cover plastik.  BAGUS BETUL ADA CLASSMATE MACAM NI ! xD Sangat kemas.

Shilshil tahun ni macam biasa, dapat macam macam nama (=_=) Aku rasa tak ada seorang pun panggil dia Shahiela dalam kelas tu. Aku biasa panggil Shil atau Shilshil je. Tapi biasanya orang panggil dia Shila. Kadang tu kadang tu rajin je tambah jadi Shila Majid lah, Shila Amzah lah. Yang paling teruk, Diana panggil ShillyWilly terus (-_-) Shilshil lah tempat aku berkongsi minat aku pada rock kapak zaman 90- an xD Aku bukan lah minat rock kapak pun, aku dengar semua jenis lagu sebenarnya. Tak ada yang spesifik pun. Tapi biasanya kalau sebut lagu yang dulu dulu, Shilshil ah tempat pertama aku tanya dan lepas tu nyanyi sikit dua tiga baris dengan dia dengan gaya jiwang melampau xD *muntah*

Baris seterusnya, Nadhirah Ali, Liani, Bayyinul kalam, dan Didi. Tahun ni aku jadi rapat lebih sikit dengan Nadhirah Ali sebab kami berada di bawah beberapa team yang sama. Team yang rasa Mathmode susah, Team rendah diri, Team kasut sama, dan Team Balqis.

Yang pertama, Team yang rasa kadang kadang mathmode lebih susah dari Addmath.
Bila aku bagitahu benda ni semua orang tak setuju kecuali Nad dan aku. Dari tahun lepas markah terendah aku dan Nad dalam setiap kali exam biasanya mathmode (-__-) Jadi yang faham perasaan tu cuma Nad xD

Yang kedua, Team rendah diri dan Team kasut sama
Rendah diri di sini bukanlah sifat merendah diri yang mulia tu xD Tapi team rendah diri dari segi fizikal (-_-) Haritu waktu rehat aku jalan dengan Huda dan Nad Ali jalan dengan Auni. Tengah tengah jalan, Nad berhenti. "Ahhh, saya tak tahan ! Saya merasakan perbezaan darjat di sini ! Jom ah Alya jalan sama sama. Biar Huda dengan Auni jalan sekali. Kita jalan berdua. Tak lah rasa sangat jurang tu.." "Hmmm, ye Nad. Sy setuju !"  Tambahan pulak, Nad baru beli kasut yang sama dengan aku dan Bayyin. Jadi memang sesuai ahhh tiga tiga berjalan sekali -_-'' Aku dan Bayyin dahlah memang kembar dah.

Yang keempat Team Balqis
Team Balqis ni muncul secara spontan (-_-) Haritu waktu balik lambat dengan Nad, dia tanya aku pernah dengar tak lagu Balqis. Aku rasa macam pernah dengar sebab aku memang suka lagu nasyid yang waktu kecik kecik dulu berbanding sekarang cuma lama dah lah tak dengar lagu tu. Balik rumah, aku check lagu dalam phone dan tengok tengok lagu tu ada. Aku pun dengar sepanjang hari dan esok tu Nad dipersalahkan sebab aku dengar lagu tu berulang ulang kali. Jadi, setiap kali aku jumpa Nad biasanya aku nyanyi lagu Balqis ah.  Biasanya aku nyanyi part "Tak perlu.....kau singkapi..." (-__-) Nad pun menyambut dengan gembira, "Bukannya air, yang kau pijak tapi kaca..." xD

  Jadi biasanya kalau waktu hujan atau Nad basuh tangan aku akan bagitahu Nad. "Bukannya air..yang kau basuhh.." xD Disebabkan aku dengan Nad asyik ulang part "Tak perluuuuu kau singkapi...", Auni pun misteri dan balik rumah search lagu tu. Petang tu dia mesej, " Salam Alya, saya dengar dah lagu Balqis ! "
Inilah serba sedikit sejarah Team Balqis (-_-)

Aku kenal Nad dari Form 3 lagi. Dari dulu dia suka kacau orang sekeliling dan disebabkan aku duduk depan dia waktu form 3, dengan aku pun terpengaruh sekali xD Tapi waktu form 3 aku kurang bergaul. Tahun yang paling aku senyap mungkin. Waktu form 3 aku bising dengan orang yang duduk dekat dengan aku je tapi jarang sikit lah bergaul kalau nak dibandingkan dengan Form 2, Form 4 atau Form 5. Duduk kelas 2 Ibnu Qudamah paling tak tahan sekali aku rasa xD Waktu tu tak kenal erti study pun. Tahu nak bergembira je dan waktu tu aku balik pukul enam setiap hari (-_-)

Ayuh beralih kepada Liani xD Liani ni macam biasa, sangat lah cute dan ayuuu. Tahun ni jarang dah main dengan kucing (-__-) Biasanya kalau tak tahu addmath aku tanya Liani. Pick up addmath dia bagusss. Berbeza dengan aku yang faham sekejap lepas tu lupa terus. Miauuuuuuuuuu~
Yang seterusnya, Bayyin. Tahun ni aku rasa aku jarang sangat dengar orang panggil Bayyin dengan nama sebenar dia iaitu Aina (-_-) Nama Bayyin pemberian Fifi tu memang dah lekat dan sebati lah nampak gayanya. Tapi tahun ni aku panggil Bayyin dengan nama BeeJay. BeeJay tu akronim untuk BJ dan BJ tu terdiri daripada perkataan yang rahsia~ Sejarahnya agak panjang. Bayyin ni peneman stay up yang bagus (-_-) Kalau aku stay up dan lesu, aku chat dengan dia kat Whatsapp sekali sekala. Dan dia jugak peminat fanatik nescafe, jadi aku hadiahkan dia sepaket Indocafe memandangkan kami ini kembar yang memahami xD Dan dia panggil aku dengan nama Lyots atau Loyat (-__-)


Sebelah Bayyin, adalahhhh Didi. Didi pun sama dengan Dini. Biasanya aku, Dini dan Didi banyak bincang kat Whatsapp untuk dapatkan motivasi diri, bincang masalah masalah yang mengakibatkan lesu nak belajar dan sebagainya. Lepas bincang bincang dan mengadu alhamdulillah lepas tu rasa jugak semangat dan rajin nak study. Didi adalah seorang yang sangat baik hati kerana tolong aku beli buku teks PSI Form 4 sebab aku tak kenal tempat yang jual tu dan banyak masalah transportation. Mujur sempat sebab Didi kata buku tu dah macam habis stok (*O*)

Sekian sudahhh individu individuan di kelas aku xD Duduk kat kelas ni sedikit sebanyak memotivasikan aku. Semua orang sangat membantu. Kalau mintak tolong ajar apa apa tak pernah menolak T__T Dahlah semua orang pun ceria. Dengan aku pun jadi rajin ke sekolah. Maklumlah tahun sebelum ni aku banyak sangat absent. Kehadiran aku sentiasa tercalarrr (-_-) Tapi alhamdulillah tahun ni tak. Dapat classmate dan partner di sebelah yang ceria , dan sejujurnya tahun ni aku rasa batch aku semua masing masing sangat rapat antara satu sama lain. Fuhhh terharu  T___T Nanti topik post bab kelas setiap tahun, sejarah deskmate dan Epal Pink aku bercadang nak masukkan dalam post berasingan sebab yang ni crowded sangat dah (-_-) Sebab tu tak cerita sangat pasal Diana dalam post ni walaupun 5 Bukhari jugak sebab nak buat post berasingan. Insha Allah di post yang seterusnya. Yang ni generally pasal kelas 5 Bukhari tahun ni.

Sekian,
 Wallahua'lam

P/S : Mentang mentang lah baru habis exam, terus update blog (-_-)


← Older | Newer →
Hello :3


Nur Alya Aqilah Binti Hassan A former student of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Perfectly imperfect. Abnormally obsessed with F O O D and was born on 28th of June 1996
Allah is my everything




Board;


Leave me your message here :3



Tweets



Status


If I'm so wrong, how can you listen all night longggg....

Now Playing - Disenchanted by MCR